Delivery COD Makanan di Kota Bharu

 

Kehidupan seharian kita yang sibuk dengan pelbagai urusan membuatkan kita tidak mampu lagi untuk memasak dan menyiapkan makanan dengan sendiri lagi. Tambahan lagi, kerja kita di pejabat yang mempunyai masa rehat sejam sahaja membuatkan kita tidak mampu keluar dan beratur untuk membeli makanan lagi. Malah, masa rehat tersebut juga digunakan untuk solat dan sebagainya. Pada masa kini, ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan COD makanan terus ke pejabat dan rumah kerana ia lebih menjimatkan masa.

Banyak syarikat yang telah memberikan servis penghantaran makanan terus ke pejabat ataupun rumah anda. Anda hanya perlu memilih dari restoran – restoran yang telah disediakan sebelum anda membayar kos untuk penghantaran makanan tersebut. Sebagai pengguna, anda haruslah bijak dalam memilih syarikat penghantaran yang telah disediakan. Hal ini kerana, terdapat syarikat yang mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang tinggi untuk servis penghantaran.

 

Panduan Mencari Syarikat Delivery COD Makanan Terbaik

 

Berikut adalah panduan yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan syarikat delivery COD makanan Kota Bharu.

 

1. Pastikan Lokasi Syarikat Tersebut

Anda boleh memastikan dahulu lokasi syarikat yang anda ingin gunakan sebelum anda memilih syarikat tersebut. Sekiranya syarikat tersebut menyediakan runner di kawasan anda, maka anda boleh meneruskan urusan anda dengan syarikat tersebut untuk mendapatkan delivery COD makanan di Kota Bharu.

 

2. Bandingkan Harga

Anda juga boleh membandingkan harga terlebih dahulu sebelum memilih syarikat delivery COD makanan Kota Bharu. Hal ini kerana, ada syarikat yang menaikkan harga makanan di restoran tersebut sekiranya anda mahu menggunakan perkhidmatan mereka. Jadi, anda akan membayar lebih dari harga yang anda boleh dapatkan di restoran tersebut. Pastikan anda berhati – hati sebelum memilih syarikat tersebut.

 

3. Lihat Review Pelanggan

Anda boleh dapatkan dahulu review – review yang telah  ditinggalkan oleh pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut. Malah, pada masa kini ianya lebih mudah untuk mendapatkan review pelanggan kerana mereka akan memberikan review secara atas talian. Ia memudahkan anda untuk memilih servis dari syarikat yang terbaik!

 

4. Dapatkan Syarikat Runner Yang Berpengalaman

 Meskipun pengalaman bukanlah satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan bagi anda yang mahu mendapatkan sekadar servis penghantaran makanan, namun runner yang berpengalaman sudah terbukti dapat membantu anda untuk menerima makanan dan barangan anda dengan lebih cepat, efektif, dan selamat.

 

Delivery COD Makanan Di Kota Bharu, Kelantan

 

Adakah anda sedang mencari syarikat penghantaran makanan yang terbaik di kawasan Kota Bharu, Kelantan? GetRunner menyediakan servis delivery COD makanan di depan pintu rumah ataupun pejabat anda dengan pantas dan selamat. Makanan yang anda pesan akan diterima dengan keadaan yang baik dan tidak ada masalah tumpah mahupun makanan terkeluar dari bekas. Kami mempunyai runner yang efektif dan mesra, jadi anda akan berpuas hati dengan servis kami.

GetRunner adalah syarikat penghantaran barangan yang juga menyediakan servis COD makanan di Kota Bharu. Anda boleh menggunakan pelbagai lagi servis yang kami sediakan seperti penghantaran barangan, penghantaran makanan, membeli makanan, servis membeli belah atau barangan rumah, surprise delivery, dan membayar bil. Selain itu, kami juga bakal menyediakan servis seperti menghantar flyer, membuat tugasan khas dan juga membeli barangan kesihatan seperti ubat – ubatan.

 

Kenapa Anda Perlu Memilih GetRunner?

 

Terdapat pelbagai sebab kenapa anda perlu memilih GetRunner sebagai penyedia servis delivery COD makanan di Kota Bharu. Berikut adalah kelebihan – kelebihan GetRunner berbanding syarikat – syarikat lain;

 

1) Harga Yang Berpatutan

 Sekiranya anda menggunakan servis GetRunner untuk delivery COD makanan di Kota Bharu, anda boleh menjimatkan wang dan tenaga anda kerana harga yang dikenakan untuk servis penghantaran adalah murah dan berpatutan berbanding syarikat – syarikat lain. Malah, harga makanan juga adalah sama dengan yang ada di restoran kerana kami tidak mengambil untung dengan menaikkan harga makanan di restoran. Jadi, anda dapat menjimatkan wang anda dengan menggunakan servis delivery COD makanan Kota Bharu kami.

 

2) Servis Yang Pantas (Dihantar Dalam Masa 60 Minit)

Anda tidak perlu risau sekiranya anda menggunakan servis delivery COD makanan Kota Bharu dengan GetRunner. Hal ini kerana, kami menyediakan servis yang sangat pantas dan makanan anda akan dihantar dan diterima di tangan anda dalam masa 60 minit. Maka, anda dapat menikmati makanan dari restoran kegemaran anda panas – panas. Pastikan anda membuat tempahan lebih awal sekiranya restoran yang anda inginkan lebih jauh dari lokasi rumah atau pejabat anda.

 

3) Runner Yang Cekap Dan Efektif 

GetRunner hanya mengambil runner – runner yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk bekerja dan kami akan memastikan bahawa mereka akan membuat kerja mereka dengan cekap dan efektif untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan penghantaran barangan dan makanan yang telah ditempah. Malah, mereka juga telah dilatih untuk menjadi mesra pelanggan jadi anda akan selesa untuk berurusan dengan runner – runner kami.

 

4) Barang Dan Makanan Dijamin Sampai Dengan Selamat

Jika anda telah menempah delivery COD makanan Kota Bharu dengan GetRunner, runner –runner kami akan memastikan bahawa makanan yang telah ditempah oleh anda akan dihantar dengan selamat dan sempurna. Mereka akan menjaga dan membalut makanan anda dengan selamat agar tiada masalah tumpah. Jadi, anda boleh menikmati makanan anda dengan sempurna dan berpuas hati. Malah, barangan yang ditempah juga akan dihantar dengan selamat.

 

5) Tiada Minimum Order

Sekiranya anda terbiasa dengan syarikat penghantaran yang lain, anda pasti sudah mengetahui yang mereka mengenakan jumlah minimum order sebelum mereka boleh membuat penghantaran ke rumah atau pejabat anda. Dengan kami di GetRunner, anda boleh mendapatkan delivery COD makanan di Kota Bharu tanpa sebarang minimum order. Jadi, orderlah makanan atau minum yang berharga RM1 sekalipun, kami tetap akan pastikan tempahan anda sampai ke depan rumah atau pejabat dengan selamat!

 

Dapatkan Servis Delivery COD Makanan Kota Bharu Sekarang!

No. Telefon: +60 14-642 0466          

Alamat: GetMove Sdn. Bhd. (1275681-D), TD1303 Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Email: [email protected]

© 2021 All rights reserved