Kenapa Syarikat Perlu Outsource Perkhidmatan Penghantaran dan Logistik?

 

Penubuhan syarikat-syarikat baharu yang menjual produk-produk, baju dan tudung serta pelbagai lagi barangan bagaikan tumbuh seperi cendawan selepas hujan. Syarikat memerlukan tenaga pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran urusan dari bermula dari bahagian produksi barang sehinggalah sampai ke tangan pelanggan. 

Namun, headcount yang terhad menyebabkan urusan dan pergerakan agak terbatas. Tahukah anda , dengan mengambil perkhidmatan penghantaran dan logistik dapat membantu melancarkan urusan syarikat.

 

5 sebab kenapa sebuah syarikat perlu outsource perkhidmatan penghantaran dan logistik:

 

1) Menjimatkan Masa dan Wang

 

Ya, sekiranya syarikat outsource perkhidmatan penghantaran dan logistik, syarikat mampu untuk menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk kos perjalanan bagi menghantar barang atau produk yang dibeli pelanggan. Perkhidmatan penghantaran dan logistik ini akan membantu anda menguruskan proses penghantaran kepada pelanggan dari pengambilan parcel sehingga sampai kepada pelanggan.

 

2) Runner yang Professional

 

Pihak penghantaran dan logistik mempunyai staff yang berpengalaman dan bersikap professional. Mereka telah dilatih. Runner yang bertanggungjawab dan professional ini akan menggalas tugas sebaik mungkin agar nama syarikat yang dibawa tidak terjejas jika berlaku perkara tidak diingini. Jadi anda tidak perlu risau kerana barang yang dihantar pasti akan selamat tiba ke tangan pelanggan. 

 

3) Same Day Delivery – On demand

 

Sekiranya syarikat outsources perkhidmatan penghantaran dan logistik, barang atau dokumen syarikat yang hendak dihantar akan diperolehi oleh penerima pada hari yang sama mengikut demand. Namun, ada juga yang mengambil masa dari 1 hingga 3 hari bekerja. Tiada lagi isu barang atau dokumen tidak sampai atau memakan masa berhari-hari. Hal ini boleh menaikkan produktiviti syarikat mahupun jualan syarikat.

 

4) Multiple Location (Bulk)

 

Terdapat banyak syarikat penghantaran pada masa kini dan mereka mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Hal ini boleh membantu syarikat-syarikat untuk meluaskan produk atau barangan mereka ke seluruh Malaysia yang mana pelanggan Cuma perlu membayar kos barang dan kos pos sahaja tanpa perlu datang ambil atau tanpa perlu syarikat menghantar barangan tersebut. Kadar penghantaran Cuma mengambil masa selama 1 hingga 3 hari sahaja. Mudah kan?5)

 

5) Express Support

 

Sekiranya terdapat masalah pada penghantaran seperti lambat menerima barang, barang rosak atau hilang, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan yang beroperasi pada tempoh masa yang disediakan untuk mencari jalan penyelesaian atau bertanya status barangan anda. Zaman teknologi kini lebih mudah kerana ada di antara servis penghantaran ini yang menyediakan laman “live chat”. Anda boleh berhubung secara terus dengan pegawai khidmat pelanggan penghantaran tersebut melalui chat box yang disediakan. 

 

© 2021 All rights reserved