KNEO: ILMU, PENGALAMAN, KENALAN DAN SUASANA YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN

Assalamualaikum dan hai,

Hari ini saya nak berkongsi sedikit mengenai pengalaman dan perjalanan saya sepanjang terpilih ke program Khazanah Nasional Entrepreneur Outreach (KNEO) 2018. Ianya merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya sepanjang terlibat secara langsung dalam dunia syarikat pemula (startup). Sebelum saya pergi lebih lanjut, suka saya untuk berkongsi mengenai sejarah dan pengenalan start up yang kami jalankan iaitu GetRunner – Perkhidmatan Penghantaran Pelbagai. Secara dasarnya syarikat kami berkecimpung dalam bidang penghantaran, logistik dan perkhidmatan khas yang dikenali sebagai “Runner”. Contoh jenis penghantaran yang kami jalankan adalah seperti penghantaran makanan, tiket bas, dokumen, barangan pos, dan barangan harian.

Selain itu, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan khas seperti mencetak kerja kursus pelajar, membelikan barangan harian, membelikan pakaian dan perkhidmatan lain yang diminta oleh pelanggan. Kami juga merekrut Buddyz, iaitu Runner yang berdaftar di bawah GetRunner Sdn Bhd untuk melicinkan lagi operasi syarikat. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari kalangan pelajar dan komuniti setempat. Sebelum GetMove Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi, kami telah pun memulakan perniagaan ini selama dua tahun lebih. Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini kami telah mengambil langkah untuk membuka syarikat dalam bidang penghantaran secara rasmi. Setakat ini, syarikat kami telah memenangi Teraju Superb Higher Education League 2017 yang membawa pulang geran bernilai RM 50,000 dan Khazanah Nasional Entrepreneur Outreach 2018 stage 4 yang membawa pulang geran bernilai RM 20,000 beserta kelas mentoring selama 3 bulan oleh accelerator yang berpengalaman dan hebat, Code Army.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kami memilih untuk menjalankan perniagaan ini. Pertama, dari sudut kami sebagai pelajar. Sebagai seorang pelajar yang menginginkan sebuah perniagaan sebagai “side income” bagi menampung perbelanjaan pembelajaran dan lain-lain, perkhidmatan penghantaran adalah pilihan yang sangat sesuai dan tepat. Kerana ianya tidak menganggu masa kuliah kerana kami menjalankan perniagaan ini di luar waktu kelas. Kedua, dari segi modal. Tidak dinafikan, setiap perniagaan memerlukan modal, sama ada kecil atau besar. Begitu juga dengan perniagaan yang kami jalankan ini. Modal yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan ini adalah rendah dan berpatutan bagi kami. Kos operasinya untuk seminggu hanyalah RM50. Ianya jauh lebih berbaloi dan murah berbanding perniagaan lain. Ketiga, mampu menjana pendapatan yang lumayan. Sudah terbukti dengan hanya menjalankan perniagaan perkhidmatan penghantaran, kami mampu menjana RM700 seminggu. Seterusnya, permintaan untuk perkhidmatan penghantaran ini amatlah tinggi sehinggakan pihak syarikat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan memandangkan pengoperasian syarikat yang masih kecil. Perniagaan ini mempunyai potensi yang baik untuk pergi lebih jauh seperti perniagaan logistik yang lain.

Berbalik semula kepada KNEO, apakah itu KNEO? Apakah kelebihannya? Macam mana nak join program ni? Okay macam ni. Di sini saya nak kongsikan kepada anda sepintas lalu mengenai Khazanah Nasional Entrepreneur Outreach (2018). Khazanah Nasional Entrepreneur Outreach  merupakan program yang diinisiatifkan  oleh Khazanah Nasional yang bertujuan untuk menggali bakat dan membantu keusahawanan di Malaysia disamping membekalkan mereka dengan latihan penting dan maklumat industri melalui satu siri program bootcamp dan accelerator. Program ini boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya mempunyai dua orang peserta bagi satu kumpulan. Yang seronoknya apabila anda terpilih ke program KNEO ini anda akan dapat training & Mentoring selama 3 bulan (bagi yang layak ke stage 4), perlaburan dari pihak ketiga (Venture Capital / Angle Investor) dan suntikan dana yang bernilai RM20,000 bagi stage 4 dan tambahan RM30,000 bagi tiga kumpulan yang terbaik. Dalam program ini, terdapat 6 stage yang perlu dilalui oleh setiap usahawan bagi merebut suntikan tambahan RM30,000 tersebut.

Stage pertama,  permohonan. Mana –mana individu yang berminat, perlu mengisi boring maklumat secara atas talian di website rasmi Khazanah Nasional Entrepreneur Outreach berserta video pitching yang berdurasi 2 minit. Stage kedua, pemilihan. Pada stage ini, peserta yang terpilih perlu melakukan pitching di hadapan juri yang berpengalaman. Pitching dijalankan di sekitar Kuala Lumpur bagi yang berdekatan. Manakala pitching secara online bagi yang di luar kawasan. Bersedialah, 5 minit yang mendebarkan, kaku dan bernilai. Lakukanlah dengan baik! Stage ketiga, incubation. Peserta yang melepas stage 2, perlu memberi komitmen selama 5 hari untuk bootcamp. Masa tu, para peserta akan dinilai dengan penuh berhemah oleh tiga orang accelerator iaitu, 1377 Venture, Code Army dan WTF Accelerator. Paling penting pada stage ini adalah final pitch yang dilakukan pada hari akhir bootcamp. Keep keep and just pitch! Ada rezeki dapat ke stage 4. Stage kempat, acceleration. Fasa ini hanya 30 kumpulan terbaik sahaja akan dipilih. 10 team bagi setiap accelerator. Mentoring selama 3 bulan dengan suntikan dana bernilai RM 20,000. Bagi saya, fasa ni yang paling berharga dan mahal. Manfaat dan berjuanglah sehingga fasa ini. Serius tak rugi! Stage kelima, graduation. Masa ni anda dah betul bersedia untuk ‘boom’ dan jalankan bisnes anda selepas belajar selama 3 bulan. Apa lagi, takluk dunia la! Okay jangan lupa, masa fasa ni juga anda akan disaring untuk 3 terbaik. 3 terbaik tu akan dapat suntikan RM 30,000. Hari besar tu dipanggil Demo day. Sangat mencabar dan penuh tekanan. Tetapi tiada yang mustahil. Stage yang terakhir, continuation. Masa untuk teruskan perjalanan start up kita selalui melalui 5 stage yang mencabar tersebut. Alhamdulillah, setakat ini kami sudah berjaya melepasi sehingga stage kelima. Ianya pengalaman yang saya tidak akan lupa.

Berkaitan program accelaration, ianya sangat menarik untuk dikupas dan dikongsi ceritanya. Saya terpilih dibawah accelator Code Army. Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana terpilih untuk berada di bawah Accelator Code Army. Pada pertemuan kedua, kami sudahpun menjalinkan  hubungan baik antara accelerator dan 10 start up dengan menjalankan aktiviti indoor dan outdoor di Taiping, iaitu Ice Breaking dan Water Rafting. Satu hari yang sangat pack dan penat tetapi menyeronokan! Sebelum ke Water Rafting, aktiviti Ice Breaking dijalankan terlebih dahulu untuk menambahkan kemesraan. Water Rafting adalah aktiviti yang sangat menyoronokan dan mencabar. Tanpa kerjasama, persefahaman, ilmu, kemahiran dan kebijaksaan sudah pastinya matlamat kita tidak dapat dicapai. Bermula sini, saya rasakan keakraban dan keselesaan yang sukar digambarkan.

Seterusnya, inisiatif dan module yang dibawa oleh Code Army sangat menarik. Module yang diambil dan diubahsuai dari Silicon Valley itu sangat membuka mata saya mengenai start up dan dunia perniagaan. Sepajang bersama Code Army untuk fasa acceleration saya belajar banyak benda baru dan berharga. Antaranya Lean Start up Machine, Scumban, Trello, Customer Persona, Customer Journey, Customer Interview, Fundamental of Start Up, Culture of Start Up, Art of Pitching, Validation, Valuation dan sebagainya. Tidak cukup itu sahaja, Code Army juga menjemput trainer – trainer luar untuk menambahkan kefahaman dan kemahiran kami. Usaha yang sangat bagus oleh pihak Code Army. Bagi saya, Code Army sangat rapat dan akrab serta mengambil berat setiap perkembangan start up di bawahnya. Tidak termampu saya membalasnya dengan hanya kata-kata.

Pujian juga harus saya berikan kepada keseluruhan team Code Army atas dorongan, tunjuk ajar, komitmen, masa, pengorbanan, kesabaran dan kesungguhan sepanjang program ini. Abang Zaf, Abang Riz, Abang Afiq, Afiq Daus, Abang Wan dan Delilah terima kasih banyak-banyak. Anda semua memang terbaik! Mohon maaf juga atas salah silap sepanjang perkenalan. Jasa kalian akan sentiasa dikenang. Saya sangat recommandkan kepada mana-mana start up yang inginkan pendedahan, dorongan, tunjuk ajar dan methodologi yang berpraktikal mengenai start up, saya cadangkan pilihlah Code Army. 100% ikhlas dari saya. Sangat terbaik!.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapankan ribuan terima kasih kepada pihak keusahawanan dan universiti saya, Universiti Sultan Zainal Abidin atas sokongan, doa dan dorongan yang tak terhingga kepada saya untuk mengharungi ke empat – empat tersebut. Bukan perkara yang mudah bagi saya untuk mengekalkan komitmen dan semangat sepanjang 4 bulan lebih bagi menyertai KNEO. Tambahan pula, saya perlu berulang-alik Terengganu – Petaling Jaya setiap minggu bagi menyertai program ini. Tanpa sokongan dan dorongan pihak university sudah pasti saya tidak Berjaya mengharungi program ini dengan baik.

Buat rakan-rakan start up, Farmas Tech, Placento, SolviePro, PinkCollar, FinC, ZACC, Contarct Hero, PMS Club dan CarSuka saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Perjalanan kita baru sahaja bermula. Buat habis baik dan jangan putus asa. Semoga kita sama – sama berjaya. Terima kasih dan maaf salah silap sepanjang perkenalan.

Akhir sekali, terima kasih kepada founder saya, atas pergorbananan dan komitmen untuk membangunkan GetRunner. Ianya tidak mudah, tetapi pasti akan dapat terlaksana. Dengan usaha, impian, ilmu dan kerjasama tiada yang mustahil. Semoga GetRunner berjaya terus berkembang dan bermanfaat untuk orang lain. Buat rakan-rakan dan ahli keluarga terutamanya ibu saya, Sarina Binti Hashim terima kasih atas sokongan dan doa. Semoga doa anda mengiringi kejayaan GetRunner.

.

With Love,

Ziyad Yazid,

CEO of GetRunner

Anda Ada Sebarang Pertanyaan? Beritahu Kami

CONTACT

  • 6014-6420466
  • support@getrunner.my
  • Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu Terengganu

SERVIS

  • Penghantaran
  • Bayaran Bil
  • Pos Barang
  • Kejutan
  • Tugas Khas

Syarikat

  • Sejarah
  • Kelebihan
  • Pelanggan
  • Liputan media
  • Rakan Strategik
  • Team

Sertai kami

  • Kolaborasi
  • Runner
  • Pemilik Bisnes
  • Intern

PERKEMBANGAN TERKINI